Bayi kembar Ronaldo, Eva dan Mateo dilahirkan di Amerika Syarikat pada bulan lalu sebelum dibawa pulang untuk tinggal bersamanya di Madrid.

Gentil mempercayai bahawa status Ronaldo sebagai ikon kepada generasi muda tidak wajar lagi diberikan kepadanya.

“Saya anggap perbuatannya satu jenayah serius. Ia sesuatu yang menjatuhkan maruah dan menyedihkan.

“Ronaldo seorang ahli sukan yang hebat, memiliki merit yang mengagumkan, tapi daripada segi moral dia tidak boleh jadi contoh.” kata pakar bedah berusia 87 tahun yang menjadi pelopor kepada pembedahan untuk memisahkan kembar Siam kepada akhbar Expresso.

Martin turut menyalahkan ibu Ronaldo, Dolores Aveiro atas semua keputusan yang dibuat oleh pemain bernilai RM398 juta itu.

“Semua orang ada hak ke atas ibu mereka. Saya fikir ibu Ronaldo ialah orang yang patut dipersalahkan kerana tidak memberikan pendidikan kepadanya,” katanya. - AGENSI