Hanya Terengganu yang masih menjadi rintangan Pahang pada 20 Oktober ini selepas jaringan Afif Sufyan membantu mereka me­nyingkirkan Melaka 2-1 dalam masa tambahan satu lagi separuh akhir di Stadium Mindef, Kuala Lumpur.

Pahang membenam Kelantan, naib juara PERR 2017 menerusi dua jaringan Faizal Abdul Razak pada minit ke-56 dan 90 selain masing-masing satu oleh Syafiq Razali (minit 45) dan pemain gantian, Rizua Shafiqi Kamaruzaman (minit 78).

Lawan yang menyingkirkan juara bertahan Pulau Pinang 3-1 dalam suku akhir Ahad lalu, sempat mendahului dengan rembatan Fazrul Amir Zaman pada minit ke-11 dan Shafiq Rahman dalam masa kecederaan babak kedua.

Terengganu pula terpaksa menunggu hingga minit ke-105 untuk jaringan Afif dan tiket final setelah gol pembukaan rakannya Rezuan Jusoh pada minit ke-52 disamakan Muhammad Hazim empat minit kemudian.