Pada ketika Kedah hanya akan turun beraksi menentang Se­langor di Selayang esok, Tok Gajah mengungguli carta dengan me­ngumpul 16 mata hasil lima kemenangan daripada tujuh perlawanan musim ini.

Kemenangan itu membolehkan Pahang mengekalkan rekod bersih di laman sendiri, berterima kasih kepada jaringan yang disempurnakan oleh Mohd. Afif Amiruddin, Matheus Alves Leandro dan Mohamad Ashari Samsudin.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-12, pemain pertahanan, Mohd. Afif berjaya meletakkan tuan rumah di depan, sebelum Leandro menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-58.

Gol ketiga Pahang pula disudahkan oleh Ashari pada minit ke-70 selepas dia memanfaatkan hantaran Ahmad Syamim Yahya. - UTUSAN ONLINE