Walaupun masih dibayangi kekalahan 2-3 kepada Perak minggu lalu, namun Terengganu tampil dengan keyakinan tinggi untuk pulang bersama tiga mata penuh, sekali gus melonjak ke tangga keempat liga.

Pahang pula gagal mencatat kemenangan dalam perlawanan kedua berturut-turut selepas diikat 2-2 oleh di laman sendiri minggu lalu.

Sementara itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, jaringan Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi enam minit sebelum tamat perlawanan menghukum Kelantan di depan penyokong sendiri apabila memastikan PKNP FC pulang bersama kemenangan 2-1.

Kelantan yang mencari kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Kuala Lumpur 4-2, minggu lalu turut dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-60 menerusi Mohd. Hafiz Ramdan.

Walaupun cuba bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi Mohammad Imran Samso, namun jaringan Muhammad Shahrel memusnahkan harapan tuan rumah.

Dalam aksi Liga Perdana, JDT II diikat 2-2 oleh Sabah di Stadium Pasir Gudang. - UTUSAN ONLINE