Aksi separuh masa pertama antara Pahang dan Perak sedikit hambar apabila tiada peluang menarik dicipta kedua-dua pasukan.

Barisan serangan kedua-dua pasukan seakan buntu untuk menjaringkan gol walaupun kadang kala mempunyai peluang berbuat demikian.

Bermula separuh kedua, Pahang dilihat sedikit mendominasi perlawanan dengan berterusan melakukan asakan ke kubu lawan.

Tok Gajah memiliki peluang menjaringkan gol pada minit ke-52 perlawanan, namun bola rembatan pemain importnya Saddil Ramdani melepasi gawang gol Perak.

Perak juga memilik peluang pada minit ke-68, namun bola percubaan Ronaldo Henrique Silva juga melepasi gawang gol.

Peluang keemasan Pahang hadir pada minit ke-93, bagaimanapun bola tandukan Bunyamin Umar sedikit tersasar sekali gus menggagalkan usaha Tok Gajah untuk memperoleh tiga mata penuh. - UTUSAN ONLINE