Anak buah Dollah Salleh memulakan pesta gol menerusi tonggak importnya, Patrick Cruz  pada minit ke-27 sebelum Forkey Doe menambah jaringan skuad Tok Gajah pada minit ke-45.

Cruz dan Forkey Doe terus mempamerkan kebolehan sentuhan penyudah mereka apabila menjaringkan gol ketiga dan keempat skuad itu masing-masing pada minit ke-66 serta 89 sekali gus menambah derita skuad Hobin Jang Hobin pimpinan Azraai Khor Abdullah. - UTUSAN ONLINE