Pahang memperoleh ketiga-tiga gol mereka pada babak pertama menerusi percubaan Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-35, Mohd. Afif Amiruddin selang dua minit kemudian dan Matthew Davies lima minit sebelum rehat. Gol saguhati Perak dijaringkan oleh Gilmar da Silva pada minit ke-68.

Perak menerima kunjungan Pahang dalam aksi timbal balik di Stadium Perak, Ipoh pada 23 September ini - UTUSAN ONLINE