Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata, penyokong mula membeli tiket di dua kaunter yang dibuka di Stadium Perak di sini pada pukul 10 pagi.

Menurutnya, begitu pun jualan tiket di lima buah daerah hari ini dijangka mengalami sedikit masalah ekoran tiket yang ditawarkan hanya 1,000 keping bagi setiap daerah berkenaan.

Katanya, ia berlaku kerana ramai penyokong yang datang untuk membeli tiket bagi jualan di kaunter-kaunter di daerah.

“Begitupun Pafa tidak berhasrat untuk menambah bilangan tiket di daerah-daerah.

“Jika habis, penyokong boleh ke daerah berdekat esok atau datang ke Stadium Perak kerana tiket masih banyak,” katanya.

Jualan tiket di daerah-daerah hari ini melibatkan Slim River (Stadium Mini Slim River), Manjung (Stadium Padang Astaka Sitiawan), Teluk Intan

(Stadium Mini Teluk Intan), Kerian (Stadium Mini Bagan Serai) dan Kuala Kangsar (Dewan Jubli Perak). - UTUSAN ONLINE