Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiga pemain berkenaan akan terus dikekalkan bagi memantapkan skuad The Bos Gaurus.

"Ada pihak cuba mewujudkan cerita mengenai pemain import kita kononnya mereka tidak akan disambung kontrak dan Perak akan mencari pemain baharu.

"Saya kira perkara ini belum lagi diputuskan dan kalau mengikut apa yang saya tahu tiga pemain import ini dikekalkan dan saya tidak tahu daripada mereka mendapat berita dan ia bukan daripada Pafa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis berkhatan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Tambun di Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Nurul Islamiah Taman Meru 2C di sini hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang tersebar di media sosial kononnya khidmat tiga pemain kontrak itu akan ditamatkan dan Pafa akan mencari pemain import baharu. - UTUSAN ONLINE