Menurut Daily Star, Jose Mou­rinho amat mengenali Ozil sepanjang menjadi pengurus Real Madrid, dan percaya pemain itu akan meninggalkan Emirates sebelum kontraknya tamat tahun depan.

Barcelona juga berminat de­ngan pemain berusia 29 tahun itu, namun keutamaan mereka tetap kepada bintang tengah Brazil, Philippe Coutinho.

Sementara itu, The Guar­dian pula melaporkan bapa Neymar te­lah mengadakan pertemuan de­ngan Presiden Real Madrid, Flo­rentino Perez bagi membawa penyerang Brazil itu keluar dari Paris Saint-Germain dengan bayaran 220 juta pound (RM1.19 bilion).

Turut menjadi tumpuan hari ini adalah laporan The Express, yang mengatakan Chelsea mempertimbangkan Carlo Ancelotti sebagai pengganti Antonio Conte.

Pemilik kelab, Roman Abra­movich percaya, dia perlu menyediakan ‘pelan khas’ andai Blues tersingkir daripada pusi­ngan 16 terbaik Liga Juara-Juara. Kelab London itu diundi menentang Barcelona. – AGENSI