Ozil tidak beraksi bersama Gunners sejak pasukan itu terikat 1-1 dengan Brighton dengan dia dikeluarkan pada aksi separuh masa kerana kecederaan lutut.

Selepas tidak beraksi dalam tiga perlawanan terakhir Arsenal, Ozil kini kembali untuk merebut tempat bagi perlawanan menentang The Hammers.

Kehadiran semulanya cukup menggembirakan Unai Emery kerana pasukan itu sedang dihantui masalah kecederaan pemain.

Antara pemain lain yang kembali menjalani latihan penuh termasuk Hector Bellerin, Nacho Monreal, Dinos Mavropanos dan Shkodran Mustafi.

Laurent Koscielny yang sebelum ini mengalami masalah sakit belakang semasa memanaskan badan ketika bertemu Blackpool juga kembali menjalani latihan penuh menjelang pertemuan menentang West Ham manakala Henrikh Mkhitaryan dijangka kembali beraksi bulan hadapan selepas mengalami kecederaan kaki.-AGENSI