Majlis yang berlangsung di Istana Dolmabahce, Istanbul itu turut dihadiri tunangnya Amine Gulse.

Pemain berusia 30 tahun itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama model, yang juga bekas ratu Turki itu tahun ini.

Rata-rata peminat bola sepak terutama dari Jerman tidak senang dengan Ozil yang akrab bersama Erdogan.

Pemain Arsenal itu sebelum ini telah menyenaraikan Erdogan untuk hadir ke majlis perkahwinannya.

Ini ini bukanlah kali pertama Ozil diselubungi kontroversi sebegitu terutama selepas gambarnya bersama Presiden Turki itu tersebar sekitar Piala Dunia FIFA tahun lalu.

Ozil tetap berkeras dan mempertahanankan tindakannya pada waktu itu.

“Pada saya, mengambil gambar dengan Erdogan tak ada sebarang unsur politik pun. Saya cuma hormati dia.

“Kerja saya sebagai pemain bola, bukan ahli politik,” ujar Ozil lagi.- AGENSI