Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Liverpool daripada Arsenal, Ogos lalu diusung keluar pada selepas 18 minit permainan kerana terkena terjahan keras daripada pertahanan Roma, Aleksandar Kolarov.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, musim ini sudah tamat buat pemain kebangsaan England itu.

“Ya, itulah keadaannya, sangat tidak bernasib baik. Bahagian perubatan kami sangat bimbang walaupun tidak sebarang imbasan dilakukan tetapi bagi saya aksinya musim ini sudah tamat.

“Kecederaan itu agak serius. Sekiranya kami tahu tahap kecederaan itu sebelum imbasan dilakukan, ternyata ia bukan perkhabaran baik dan bagi kami ia adalah kehilangan besar.

“Kami memiliki beberapa lagi perlawanan penting dan skuad kami tidak akan bertambah besar buat masa sekarang, jadi jelas sekali kami perlu menjadi lebih kreatif,” katanya.-REUTERS