Origi beraksi cemerlang di Anfield pada musim 2016-17 dengan menjaringkan 10 gol tetapi kemudiannya dipinjamkan ke Wolfsburg tetapi gagal menyerlah sepanjang bersama kelab Bundesliga itu.

Dia kemudiannya kembali menyertai The Reds dan hanya beraksi dua kali sahaja dalam kesebelasan utama musim ini.

Bagaimanapun, jaringan dramatik minit-minit akhir ketika menentang Everton berjaya menghidupkan kembali peluangnya untuk berada dalam skuad kendalian Jurgen Klopp.

Sebelum ini West Ham dilaporkan mendahului persaingan untuk mendapatkan Origi tetapi laporan terkini Biringham Mail mendakwa Wolverhampton kini menjadi pasukan pilihan bagi mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu dengan tawaran sekitar 15 juta pound (RM78.29 juta).

Roberto Firmino yang kini cemerlang memainkan watak No.9 bersama The Reds dengan khidmat sokongan Daniel Sturridge, keduduan Origi dalam kesebelasan utama pasukan itu dilihat semakin samar.

Selepas Liverpool melepaskan Dominic Solanke dan Nathaniel Clyne dipinjamkan ke pasukan lain, Origi dipercayai akan menjadi pemain seterusnya yang akan dilepaskan.-AGENSI