Kemenangan tersebut juga membolehkan Selangor kekal dengan rekod tanpa kalah empat kali berturut-turut.

Kini Selangor telah mengumpul 21 mata untuk mendaki ke tangga ketiga liga selepas 13 perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan hari ini menyaksikan Selangor memanfaatkan kelebihan aksi di laman sendiri dengan sebaiknya.

Olusegun dari Nigeria yang baharu bersama Selangor pada hari ini membuktikan kemampuannya di bahagian serangan apabila tidak berdepan masalah menembusi pertahanan Kedah.

Tiga gol Olusegun hadir pada minit ke-34, minit ke-43 dan pada minit ke-57.

Sementara gol tunggal Kedah hanya hadir pada minit ke-64 menerusi penyerang import dari Argentina, Jonathan Bauman. - UTUSAN ONLINE