Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Oblak wira kemaraan Atletico ke suku akhir Liga Juara-Juara

REAKSI Oblak (kiri) dan Hernandez
REAKSI penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak (kiri) dan penyerang Bayer Leverkusen, Javier Hernandez selepas aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah yang menyaksikan Atletico mengatasi Leverkusen menerusi agregat 4-2, di Stadium Vicente Calderon, awal apgi tadi. - UTUSAN ONLINE/REUTERS/SERGIO PEREZ

MADRID 16 Mac - Penjaga gol Jan Oblak muncul wira dalam membantu Atletico Madrid meraih keputusan seri tanpa jaringan menentang Bayer Leverkusen hari ini, sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut menerusi kemenangan 4-2 secara agregat.

Oblak cemerlang setiap kali Leverkusen hampir menjaringkan gol, menyaksikan tindakannya itu menjadi penyelamat untuk Atletico mempertahankan bekalan 4-2 yang mereka raih sewaktu di pusingan 16 terakhir pertama, 22 Februari lalu.

Oblak menyelamatkan gol secara menakjubkan sebanyak tiga kali di penghujung babak kedua, menyaksikan harapan untuk Jerman melihat kelab Leverkusen mara ke suku akhir musnah.

“Ada kalanya anda berjaya menyelamatkan gawang gol daripada dibolosi sebanyak tiga kali, namun kadang-kadang mereka berjaya menjaringkan gol dengan percubaan pertama.

“Sukar untuk saya menjelaskannya, saya nampak bola dan cuba menepisnya. Saya bertindak balas dengan cepat dan semuanya berjalan dengan lancar bagi saya,” kata Oblak. - AGENSI

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain