Komitmen yang ditunjukkan Oblak memberi suntikan semangat kepada Atletico, dengan pemain berusia 26 tahun itu kini dianggap sebagai salah seorang penjaga gol terbaik di dunia sejak menyertai kelab tersebut pada 2014.

“Jan Oblak telah menyambung kontraknya bersama Atletico Madrid sehingga 30 Jun 2023. Pemain Slovania itu menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan dia akan bersama kelab untuk empat musim lagi,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Kontrak Oblak sebelum ini mengandungi klausa pelepasan bernilai 100 juta euro (RM466 juta) dan ini bermakna, jumlah tersebut dijangka meningkat berbanding ia dikeluarkan daripada perjanjian baharunya itu.

Berdasarkan laporan media Sepanyol, pelepasan klausa tersebut difahamkan kini bernilai 120 juta euro (RM559 juta).

Menurut kenyataan Atletico, Oblak dikatakan gembira dengan kontrak baharu yang ditandatanganinya itu.

“Saya akan selalu memberikan pertahanan yang terbaik demi jersi kelab ini dan saya akan terus bekerja keras,” kata Oblak.

Oblak telah bermain sebanyak 203 perlawanan untuk Atletico dan berjaya mengekang gawangnya daripada dibolosi dalam 115 perlawanan. Namanya turut berada dalam skuad terbaik Liga Juara-Juara bagi musim 2015/16 dan 2016/17. - AFP