Bagaimanapun, jawatan tersebut hanya akan disandang sehingga akhir musim ini iaitu apabila kontrak semasanya tamat dan kedudukannya untuk musim depan bergantung kepada prestasi pasukan.

Pengurus pasukan, Datuk Jeffrey Low berkata, walaupun pelantikan Nidzam Adzha sebagai ketua jurulatih menggantikan Tan Cheng Hoe belum ada ‘hitam putih’ namun jawatan itu kini memang sah milik jurulatih kelahiran Perak itu tersebut.

“Kami (KFA) memang sudah membuat keputusan untuk mengekalkan dia hingga akhir musim sekiranya berjaya membantu Kedah menjuarai Piala FA. Jadi hingga akhir musim ini, dia akan mengendalikan pasukan Lang Merah.

“Bagaimanapun, kami masih belum menawarkan kontrak baharu kepadanya. Kami dalam proses untuk menyediakan ‘hitam putih’ bagi mengesahkan jawatan ketua jurulatih Kedah kini miliknya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nidzam Adzha sebelum ini memangku tugas tersebut selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan itu pada akhir bulan lalu kerana menyertai skuad kebangsaan. - UTUSAN ONLINE