Jesus yang kini bermain untuk Manchester City percaya, pembedahan tapak kaki yang dilakukan Neymar minggu lalu mampu diatasi Neymar dengan cepat ketika Piala Dunia tinggal tiga bulan sahaja lagi untuk berlangsung.

Dengan memberi contoh kecederaan yang dialaminya sebelum ini dan baharu sahaja pulih, Jesus berkata, Neymar bagaimanapun perlu mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengatasi ketakutan kesan akibat kecederaan itu jika mahu membantu Brazil memburu kejuaraan Piala Dunia keenam mereka. - AFP