Kontrak perjanjian itu ditandatangani beberapa jam selepas pemain berusia 25 tahun itu membayar klausa pembelian bernilai 222 juta Euro (RM1.128 bilion) kepada Barcelona.

“Impian PSG amat menarik perhatian saya terhadap kelab ini malah saya rasa sudah bersedia menghadapi cabaran ini.

“Cabaran besar yang bakal dihadapi memberikan saya motivasi untuk menyertai rakan sepasukan baharu dan membantu untuk merangkul gelaran yang peminat inginkan,” kata Neymar.

Neymar bakal dipersembahkan kepada peminat PSG pada esok di Parc des Princes sebelum saingan liga bermula. - AFP