Pemain berusia 25 tahun itu akan menerima gaji sebanyak 30 juta euro (RM152.40 juta) setahun di Paris dan dia menegaskan akan membuktikan bahawa dirinya setara dengan harga yang dibeli mereka.

“Saya sangat gembira untuk me­nyertai Paris Saint-Germain.

“Sejak saya tiba di Eropah, ke­lab ini sentiasa menjadi antara yang paling kompetitif dan mempunyai cita-cita dan cabaran utama saya ialah untuk membantu rakan sepasukan merangkul kejuaraan yang ingin dinikmati para penyokong.

“Cita-cita Paris Saint-Germain menarik minat saya bersama se­ma­ngat yang mereka ada. Saya su­dah beraksi di Eropah selama empat musim dan bersedia untuk menyahut cabaran.

“Bermula hari ini, saya akan lakukan apa sahaja untuk membantu rakan sepasukan bagi membuka lembaran baharu kepada kelab saya dan memberikan kegembiraan kepada penyokong di seluruh dunia,” kata Neymar.

Neymar akan diperkenalkan ke­pada penyokong esok (hari ini) sebelum aksi pembukaan Ligue 1 menentang kelab baharu, Amiens.

PSG tidak mengambil masa lama untuk menggunakan nilai komersil yang ada pada Neymar apabila sudah mula menjual jersi yang tertera namanya di kedai kelab itu, Champs Elysees.

Legenda Brazil, Pele turut mengucapkan tahniah di atas perpindahan itu dan memberitahu penggantinya yang menggunakan jersi No.10 Brazil: “Selamat maju jaya dengan cabaran baharu.

“Paris adalah bandar yang cantik dan merupakan salah satu bandar kegemaran saya di dunia,” kata pemenang Piala Dunia tiga kali itu di Twitter.– AFP