PENYERANG PSG, Neymar bergambar bersama trofi yang dimenanginya disamping bekas pemain antarabangsa Brazil Ronaldo selepas dinobatkan selaku Pemain Terbaik Liga 1.- AFP

Pemain sayap Marseille Florian Thauvin yang juga tercalon dalam perebutan gelaran itu menduduki tempat keempat dalam majlis anugerah Ligue 1 tersebut di Paris, semalam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya. Saya sangat berbangga dan gembira dengan pencapaian PSG musim ini.

“Saya sudah pasti sukar untuk memenanginya jika tanpa bantuan daripada mereka,” katanya kepada media televisyen beIN Sports.

Neymar menjaringkan 19 gol dalam liga dan mencipta bantuan jaringan sebanyak 13 kali dalam 20 perlawanan ketika bersama juara Perancis itu. -AGENSI