Bintang Brazil berusia 25 tahun itu menerima kad merah pertama dalam kariernya bersama The Catalan selepas dilayangkan dua kad kuning ketika Barcelona tewas 0-2 kepada Malaga, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dia dikenakan tambahan penggantungan dua perlawanan lagi kerana bertindak bertepuk tangan sebagai tanda menyindir keputusan pengadil perlawanan ketika berjalan keluar padang.

Barcelona berkemungkinan akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Selain terlepas peluang beraksi dalam perlawanan penting yang mungkin menjadi penentu kejuaraan La Liga di Bernabeu, Neymar juga tidak dapat beraksi di tempat sendiri ketika Barcelona menentang Real Sociedad dan Osasuna.

Neymar dilayangkan kad kuning pada babak pertama perlawanan di La Rosaleda kerana sengaja menangguhkan sepakan percuma Malaga, dengan mengikat tali butnya di depan bola, sebelum menerjah Roberto Rosales 25 minit sebelum permainan tamat untuk kad kuning kedua.-AFP