Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak beraksi selepas mengalami kecederaan itu semasa perlawanan Piala Perancis menentang Strasbourg bulan lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak beraksi ketika PSG menang 2-0 ke atas Manchester United, Rabu lalu tetapi berharap dapat kembali beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun skuad kendalian Thomas Tuchel perlu mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa kejutan dalam aksi timbal balas menentang Red Devils, selepas ini.

Neymar sebelum ini turut memuat naik video dia sedang meraikan jaringan PSG di Old Trafford di laman Instagram peribadinya.

“Kehidupan adalah untuk wira, tiada apa yang akan melemahkan saya!” katanya menerusi sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang berdiri di hadapan jet peribadi sambil menyilangkan tongkat di dada.

Tuchel bagaimanapun tidak gemar untuk mengambil risiko besar menurunkan pemain bintangnya dalam tempoh terdekat ini kerana bimbang kecederaan yang dialaminya akan bertambah serius.-AGENSI