Bintang Brazil itu menerima kritikan meluas sepanjang Piala Dunia berlangsung selepas dia sering berguling di atas padang setiap kali diasak oleh pemain lawan.

“Satu, dua, tiga!,” jerit Neymar yang dikelilingi sedozen kanak-kanak jatuh di atas lot parkir.

Dia kemudiannya menjerit ‘Itu sepakan percuma!’ sambil ketawa.

Video tersebut dimuat naik di Instagram dengan menggunakan hashtag #ChallengeDAFALTA yang membawa maksud cabaran sepakan percuma dalam bahasa Portugis. - AFP