Gergasi bola sepak Jerman dan juara Eropah lima kali itu tumpas 4-2 kepada Real Madrid pada suku akhir kedua di Santiago Bernabeu, sekali gus ditunjukkan jalan keluar menerusi agregat 3-6.

Pada ketika Neuer dihantui kecederaan, penyerang lawan, Cristiano Ronaldo pula melengkapkan hatrik dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan.

“Manuel Neuer retak kaki kiri dalam kekalahan 4-2 kepada Real Madrid di tempat lawan dan bakal terlepas aksi seluruh musim ini.

“Bagaimanapun dia akan menjalani pemeriksaan lanjut sebaik sahaja tiba di Munich bagi menentukan rawatan apa paling sesuai untuk dilakukan,” kata Bayern dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika beraksi dalam suku akhir pertama minggu lalu, Neuer, 31, sebenarnya baru kembali daripada pembedahan kaki yang menyebabkan dia terlepas dua perlawanan Bundesliga bulan lalu.

Berita terbaharu ini memberi tamparan buat juara Jerman itu untuk mengharungi baki saingan musim ini. Bayern perlu mengharungi tujuh lagi perlawanan, lima dalam Bundesliga dan dua pada separuh akhir Piala Jerman menentang Borussia Dortmund.

Jurulatih Bayern, Carlo Ancelotti dan pasukannya meninggal kan Madrid dengan kekecewaan, terutama selepas pemain tengah mereka, Arturo Vidal secara kontroversi dilayangkan kad kuning kedua ketika permainan berbaki enam minit.

Dua jaringan Ronaldo pada masa tambahan juga kelihatan dihasilkan dalam kedudukan ofsaid. -AGENSI