Negeri Sembilan yang turun sebagai pasukan tuan rumah masih terperosok di kedudukan tercorot liga walaupun meraih tiga mata dalam perlawanan itu.

Gol pertama Negeri Sembilan disumbangkan melalui pemain import baharu, Alex De Moraes Gomes dari Brazil pada minit ke-16 yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh Doheon Kim dari kiri gol Kelantan.

Kelantan yang cuba bangkit dikejutkan dengan gol kedua Negeri Sembilan yang memperoleh sepakan penalti pada minit ke-37 selepas N. Thanabalan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

Pemain import pelawat yang berasal dari Sepanyol, Angel Aldeguer Guirado menjaringkan gol penalti itu.

Selepas perlawanan malam ini, Negeri Sembilan kekal di tangga ke-12 liga berkongsi lapan mata bersama Kelantan di kedudukan ke-11 tetapi dipisahkan dengan jumlah jaringan.

Daripada 12 perlawanan, Negeri Sembilan menang dua kali, seri dua kali dan kalah sebanyak lapan kali, pencapaian yang sama oleh Kelantan. - UTUSAN ONLINE