Dua jaringan penyerang import dari Belarus, Yahor Zubovich pada minit ke-31 dan 39, selain gol menerusi R. Gopinathan (minit ke-70) memastikan Sang Kancil mengutip tiga mata penuh di depan penyokong sendiri.

Kemenangan kedua daripada tiga perlawanan pertama musim ini membolehkan Melaka United mendaki ke kedudukan keempat liga, manakala Negeri Sembilan jatuh ke tangga kesembilan selepas kalah buat kali kedua. - UTUSAN ONLINE