Kelab Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata, Navas telah di diagnosis mengalami kecederaan di bahagian otot paha kanannya.

Media Sepanyol juga melaporkan bahawa pemain kebangsaan Costa Rica itu tidak akan bermain menentang Getafe dalam aksi La Liga, Sabtu ini.

Navas mengalami kecederaan itu ketika beraksi bersama skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Honduras pada Sabtu lalu yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. - REUTERS