Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun mengakui larian sejauh 500 kilometer pada kali ini lebih mencabar kerana dia hanya mempunyai masa kira-kira enam hari untuk menamatkan larian kerana Ramadan dijangka bermula pada 27 Mei ini.

“Ini adalah larian ketiga yang saya lakukan khusus untuk skuad Lang Merah sebagai tanda soko­ngan saya kepada Kedah,” kata­nya ketika ditemui di Stadium Darul Aman, di sini hari ini.

Nasir dari Kuala Kedah adalah antara ribuan penyokong Kedah yang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir yang mula dijual pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, Mohd. Sofi Lan, 27, dari Kubur Panjang, Pendang pula beratur seawal 8 malam semalam semata-mata tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA.

“Tidur pun di atas lantai simen ini saja. Ini kami lakukan kerana tidak mahu terlepas memberi sokongan kepada Lang Merah,” ujarnya.