Menurut Solskjaer, sejarah telah membuktikan mereka mampu melakukan kebangkitan hebat seperti ketika menumpaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1 pada aksi kedua pusingan 16 akhir selepas tewas 0-2 di tempat sendiri.

Pada 1999,  Solskjaer sendiri pernah membantu United bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Bayern Munich pada waktu kecederaan dan membawa pasukan itu muncul juara Eropah kali kedua di Camp Nou.

"Kami perlu kekuatan tambahan untuk mengalahkan pasukan seperti Barcelona.

"Jelas sekali kami tidak cukup bagus dalam pertemuan pertama dan perlu memperbaiki kelemahan itu di Camp Nou.

"Bagaimanapun, jangan serahkan nasih kepada takdir kerana nasib kami terletak di tangan sendiri," katanya. - AGENSI