Crotone yang semakin hampir untuk keluar daripada zon penyingkiran memperoleh gol penyamaan menerusi aksi akrobatik penyerang Nigeria, Simy pada minit ke-65 menyamai jaringan dilakukan oleh Cristiano Ronaldo dalam aksi Liga Juara-Juara di Turin pada bulan lalu.

“Kami tidak bermain dengan baik walaupun pemain memberikan segala-galanya. Hari ini sepatutnya menjadi penentu untuk Scudetto (memenangi Serie A).

“Aksi hari ini membuatkan kami perlu berfikir dan penting untuk kekal bertenang dan meneruskan perjuangan untuk menjuarai liga hingga ke akhir saingan,” kata jurulatih Juve, Massimiliano Allegri. - AFP