Menerusi status di akaun Twitter milik beliau hari ini, Perdana Menteri mahu pasukan The Red Devils tidak sekadar bergantung kepada penjaga gol dari Sepanyol, David de Gea untuk menyelamatkan gawang pasukan daripada menerima asakan lawan.

"Malam ini lawan Chelsea, United kena lebih banyak menyerang, tak boleh asyik harap de Gea sahaja. Come on United! #GGMU," katanya.

Dalam aksi pertama 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Khamis lalu menentang Sevilla, De Gea menjadi penyelamat United walaupun menerima lebih 20 percubaan ke pintu gawang pasukannya sekali gus membantu mereka meraih keputusan seri 0-0. - UTUSAN ONLINE