Ketiadaan Nainggolan yang menjaringkan dua gol untuk Roma dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Liverpool merupakan kejutan besar apabila lima pemain diketepikan sebelum 23 senarai akhir dikeluarkan.

Belgium diletakkan dalam Kumpulan G bersama England, Panama dan Tunisia.

Pemain yang terkenal dengan tatu di tubuhnya telah membuat 30 penampilan bersama skuad kebangsaannya malah dia turut dikenali dalam kalangan peminat bagaimanapun hubungan Nainggolan dengan Martinez tidak begitu baik.

“Malangnya dan sukar untuk diterima bahawa karier saya di pentas antarabangsa menemui penamat. Saya sentiasa memberikan aksi terbaik untuk mewakili negara sendiri. Menjadi diri sendiri boleh mengganggu orang lain. Mulai hari ini saya akan menjadi peminat No. 1 (Belgium),” kata Nainggolan.

Jurulatih dari Sepanyol itu cuba menjelaskan pemilihan pemain yang telah dibuat apabila berkata;’Saya terpaksa membuat keputusan yang sukar. Dia pemain yang mempunyai kelas tersendiri malah dipilih sebagai pemain terbaik Roma namun saya sudah membuat keputusan atas alasan taktikal pasukan.

“Saya meletakkan spesifik tertentu dan ianya berhasil. Saya tidak menggunakan Radja dalam taktikal tersebut,” kata Martinez. - AFP