Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Myanmar akui Malaysia kuat

Pemain Myanmar, Aung Thu (kanan) mengasak pemain Brunei, Suhaimi
Pemain Myanmar, Aung Thu (kanan) mengasak pemain Brunei, Suhaimi Anak Sulau dalam perlawanan yang menyaksikan Myanmar membelasah Brunei 6-0 pada saingan bola sepak Kumpulan A di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 18 Ogos - Biarpun telah mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Sukan SEA namun pengendali skuad bawah 22 (B-22) Myanmar, Gerd Zeise tetap menganggap pertemuan menentang Malaysia penting.

Myanmar bertemu Malaysia di Stadium Shah Alam Isnin ini dan pengendali dari Jerman itu tetap mahukan tiga mata dalam usahanya untuk muncul juara Kumpulan A. Myanmar mengesahkan tiket ke separuh akhir selepas membelasah Brunei 6-0 di Stadium UiTM, Shah Alam hari ini.

“Kemenangan yang mudah. Apa yang penting pada hari ini adalah kami telah pun mengesahkan tiket ke separuh akhir. Tidak perlu tunggu sehingga perlawanan menentang Malaysia.

“Kami ada masa dua hari untuk kembali pulih sebelum menentang Malaysia. Pertemuan menentang Malaysia amat penting bagi menentukan pasukan mana yang akan muncul juara kumpulan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam hari ini.

Mengulas lanjut mengenai rekod pertemuan terakhir menentang Malaysia pada 13 Julai lalu yang berkesudahan Myanmar tumpas 2-0, Zeise tidak melihat keputusan tersebut sebagai satu jaminan sebaliknya beranggapan pasukan tuan rumah lebih tertekan memandangkan mereka sudah pun layak ke separuh akhir.

“Saya fikir anda tidak boleh menjadikan keputusan perlawanan tersebut sebagai rujukan untuk pertemuan kami pada Isnin depan kerana itu perlawanan yang berbeza dan sekarang kita berada dalam kejohanan.

“Saya tahu Malaysia pasukan yang kuat, tersusun serta memiliki pemain tengah serta penyerang yang berbahaya dan pastinya aksi tersebut sengit. Bagaimanapun, bezanya kami tiada tekanan sekarang sebab sudah ada sembilan mata dan sudah pun sah ke separuh akhir,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain