Sarri membimbing Chelsea untuk menamatkan saingan di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris dan final Liga Europa dalam musim pertamanya di Stamford Bridge.

Bagaimanapun, perpindahan semula ke Serie A mula menyelubungi bekas pengendali Napoli yang disebut-sebut bakal menggantikan Massimiliano Allegri di Turin.

“Saya ada kontrak empat tahun dengan Chelsea.

“Sangat mengejutkan jika dia meninggalkan kelab ini kerana kami berada di belakang Manchester City dan Liverpool, kami berada di final Liga Europa dan final Piala Liga.

“Musim ini sangat baik. Sarri dalam keadaan tenang dan kini kami berada di kedudukan yang baik,” katanya.

Chelse akan memberi tumpuan kepada aksi final Liga Europa menentang Arsenal di Baku pada 29 Mei ini.-AGENSI