Selepas beberapa jam menjalani sesi latihan bersama Celeste di pangkalan latihan pasukan di pinggir bandar Nizhny Novgorod, Muslera memberitahu, dia mahu Salah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan bahu sewaktu beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

“Saya dengan Luis (Suarez), lebih gemar beraksi menentang pemain terbaik. Saya berlatih dengan pemain terbaik dan saya juga mahukan pemain terbaik yang beraksi,” kata Muslera.

Tahap kecergasan Salah masih menjadi tanda tanya, tetapi bintang Mesir itu berkata daripada pangkalan latihan pasukannya di Grozny, hari ini, bahawa dia sudah bersiap sedia untuk mengharungi pertandingan tersebut.

Pada 30 Mei, pegawai Mesir berkata, Salah terpaksa diketepikan untuk sekurang-kurangnya tidak lebih daripada tiga minggu dan ini bermakna pemain sayap Liverpool itu tidak akan dapat beraksi menentang Uruguay, tetapi dia berpotensi diturunkan dalam perlawanan menentang Rusia pada 19 Jun serta Arab Saudi, 25 Jun ini. - AFP