MUSA AMAN

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Eksekutif SAFA hari ini yang turut mengumumkan Datuk Lawrence Gimbang dan Datuk Harun Ismail turut meletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden serta Naib Presiden berkuat kuasa esok.

Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil berkata, keputusan dibuat bagi membolehkan peralihan pentadbiran SAFA ekoran pertukaran pemerintahan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bulan lalu.

“Ia juga berdasarkan nasihat Pesuruhjaya Sukan Sabah yang memaklumkan kepada kami bahawa peletakan jawatan secara blok atau keseluruhan tidak boleh dilakukan kerana akan mengakibatkan SAFA terpaksa dibubar dan perlu didaftar semula. Ini mengambil masa yang panjang.

“Sehubungan itu, keputusan terbaik ialah peletakan jawatan penting dalam persatuan membabitkan presiden, timbalan presiden serta seorang naib presiden,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SAFA, hari ini.

Satu lagi jawatan Timbalan Presiden SAFA turut kosong susulan kematian bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Mac lalu. - UTUSAN ONLINE