Pemain Brazil berusia 24 tahun itu, terpaksa diusung keluar dan diberi oksigen selepas mukanya terkena kaki Mane dalam situasi perebutan bola yang menyaksikan City melakar kemenangan besar 5-0 ke atas The Reds.

Berikutan kekasaran itu, pemain Senegal tersebut dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Jon Moss.

Ederson diikat The Citizens dengan jumlah perpindahan bernilai 34.7 juta pound (RM189.63 juta) sekali gus muncul sebagai penjaga gawang kedua termahal dalam sejarah bola sepak.

Bekas penjaga gol Benfica itu, menjadi penjaga gol kedua termahal selepas Gianluigi Buffon yang menyertai Juventus daripada Parma dengan nilai perpindahan 46 juta pound (RM251 juta) pada 2001.

Kekasaran itu bakal mengakibatkan Mane dikenakan penggantungan tiga perlawanan tetapi Liverpool dijangka mengemukakan rayuan untuk mengurangkan tempoh penggantungan kepada dua atau satu perlawanan.

Klopp memberitahu Sky Sports: “Saya tidak fikir ia adalah kad merah kerana dia (Mane) tidak melihatnya (penjaga gol keluar). Saya sudah lihat keadaan penjaga gol itu, ia tidak begitu teruk dan satu kemalangan.

“Sungguh tidak bernasib baik bermain menentang City dengan 10 pemain. Sungguh malang, penjaga gol keluar, Sadio mahu bola itu dan dia mendapat kad merah dalam perlawanan itu,” katanya. – AGENSI