Ketinggalan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Will Hughes, West Ham mensia-siakan banyak peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum sekali lagi ketinggalan hasil jaringan kedua West Ham pada minit ke-64 hasil percubaan Richarlison.

“Saya fikir ini adalah tugas besar (namun) ada beberapa pemain yang mempunyai reputasi mengecewakan saya. Hari ini buat kali pertamanya saya lihat mereka boleh bermain namun jika itu reputasi mereka, pemain perlu membuktikannya,” kata Moyes.

Mengakui Moyes tidak gembira dengan apa yang dilakukan pemainnya dan bekas pengendali Manchester United itu berkata di sudah bersedia dengan cabaran yang menantinya apabila dia cuba mengubah landskap West Ham.

“Pasukan yang bagus akan menang. Kami ada tiga peluang terbaik. Dua pada babak pertama manakal satu lagi pada separuh masa kedua. Kami perlu memperbaiki keadaan. Pemain sukar menerimanya, saya dapat merasakannya. Saya tidak gemar dengan persembahan pemain,” katanya.

Penyokong West Ham memberikan tepukan gemuruh kepada Moyes sebelum perlawanan bermula bagaimanapun keadaan berubah apabila mereka menunjukkan kemarahan dan kekecewaan terhadap pengurusan kelab dan pemain setelah gagal mencari kemenangan dan menyebabkan The Hammers berada di zon penyingkiran dengan sembilan mata daripada 12 perlawanan.

“Saya berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh peminat kepada saya namun buat masa sekarang kami perlukan mereka, kami perlu bersatu. Mereka sedih dan pasti mereka lebih mengetahui berbanding saya terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

“Saya berkata kepada pemain adalah sukar untuk kami apabila peminat bertindak seperti itu. Saya faham perasaan mereka sebab kami tidak bermain dengan cukup bagus,” kata Moyes lagi. - REUTERS