Pengurus warga Portugal itu kini terus dihimpit dengan tekanan selepas United mempamerkan aksi hambar ketika permulaan musim ini.

Bukan itu sahaja, United juga bergelut bagi mendapatkan kemenangan ketika menewaskan Newcastle 3-2 pada Sabtu lalu.

“Ia umpama sesuatu yang malang buat United pada musim ini.

“Apa yang Mourinho lakukan untuk membantu situasi ini sebaliknya apa yang dia mainkan akan menjadi mangsa malah dia juga turut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

“Bukan itu sahaja, setiap sidang akhbar yang dihadirinya dia akan bersikap negatif, itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Sutton yang juga bekas pemain Chelsea pada musim 1999/2000. - AGENSI