Mourinho yang dipecat oleh Manchester United, bulan lalu dan The Red Devils kini berjaya memenangi kesemua lima perlawanan di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Pengendali Portugal itu menafikan yang dia akan kembali ke Primeira Liga dengan mengendalikan Benfica selain menafikan akan menyertai Inter Milan atau Real Madrid.

“Saya tidak berminat untuk memberikan berita seperti itu tetapi saya tidak ada niat untuk bekerja di Portugal.

“Untuk menghormati kelab seperti Benfica dan presiden mereka ialah dengan menyatakan mereka tidak pernah menghubungi saya,” katanya.

Selepas bersetuju untuk bersama beIN, peminat bola sepak akan menyaksikan dia membuat liputan bagi Liga Perdana Inggeris dan Piala Asia bersama syarikat penyiaran itu.

Mourinho akan membuat penampilan pertamanya dalam perlawanan Piala Asia di antara Qatar dan Arab Saudi.-AGENSI