Mourinho dipecat pada Disember lalu selepas tewas 1-3 kepada musuh tradisi mereka, Liverpool dan kegagalan menyerlahkan bakat sebenar juara Piala Dunia, Pogba sering disebut-sebut sebagai punca prestasi The Red Devils merudum.

Pengendali sementara kelab itu, Ole Gunnar Solskjaer berjaya memulihkan prestasi United dengan Pogba memainkan watak utama menerusia lapan gol di bawah kendalian pengurus Norway itu.

“Apakah isu di sini? Kami tidak menang.

“Itu menjadi sebab mereka membuat keputusan untuk mendapatkan ketua jurulatih baharu.

“Keputusan perlawanan adalah paling penting. Jika kami menang, kami adalah dapat keputusan baik dan jurulatih akan kekal bersama pasukan. Semudah itu situasi ini,” katanya.-AGENSI