Pemain Sepanyol itu memilih untuk meninggalkan Real Madrid dan bersama Chelsea, telah berjaya meledak tiga gol dan dua bantuan jaringan sepanjang empat penampilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan gol pembukaan ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City, keputusan yang menyaksikan Chelsea hanya ketinggalan satu mata ke atas pendahulu liga, Manchester United.

Morata juga kini dalam persediaan untuk membuat penampilan pertama bersama Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Qarabag.

Drogba, yang merekodkan jaringan 164 gol ketika bersama The Blues teruja dengan persembahan yang telah dipamerkan oleh Morata sejak menyertai kelab dari London itu.

“Dia menjaringkan gol dan memenangi perlawanan jadi saya sangat gembira untuk dirinya dan kelab. Saya berharap dia akan mengharungi musim yang baik bersama pasukan.” katanya -AGENSI