Ketua jurulatihnya Ulisses Morais yakin sekiranya semua pemain dan pihak pengurusan mengekalkan momentum mereka ketika ini, misi memenangi Piala Malaysia tidak mustahil untuk dicapai.

“Ketika saya mula menjadi jurulatih pasukan ini, JDT dilihat tidak mempamerkan prestasi sebenar dan kini telah membuktikan mereka pasukan terbaik di Malaysia.

“Kerjasama dan komitmen diberi semua pihak terlibat, sama ada pemain, staf kejurulatihan dan pengurusan adalah perkara yang membantu meningkatkan prestasi mereka,” katanya selepas Harimau Selatan menundukkan Kelantan 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi.

Morais mengakui walaupun skuad Harimau Selatan dalam kedudukan terbaik untuk melangkah ke pusingan separuh akhir piala paling berprestij itu, namun mereka masih perlu berhati-hati.

“Kami akan tetap menghormati Melaka sebagai pencabar dan tidak boleh berasa selesa dengan kelebihan yang dimiliki setelah mencatat keputusan positif, iaitu menang 4-1 dalam perlawanan pertama,” katanya.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengaku kecewa dengan persembahan pemain import mereka ketika beraksi menentang JDT.

“Kami sudah mencuba yang terbaik, namun JDT merupakan pasukan yang lebih baik.

“Masih ada baki dua perlawanan dan misi kami adalah untuk mengutip mata maksimum dalam kedua-dua perlawanan tersebut,” katanya.