Monaco yang mengumpul 104 gol musim ini hanya memerlukan seri bagi mengesahkan kejuaraan, namun mereka mengatasinya dengan mencatat keputusan 2-0 dan kini mengumpul 95 mata lebih, enam mata meninggalkan PSG.

Dalam perlawanan tersebut gol Monaco dijaringkan oleh Kylian Mbappe pada minit ke-19 dan Valere Germain pada waktu kecederaan.

“Kebiasaannya, kejuaraan milik PSG, namun hari ini kami berjaya menjulang trofi dan itu membuktikan kecemerlangan pasukan ini.

“Ayuh raikan bersama,” kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim. - REUTERS