Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mohd. Ali ketuai cabaran Malaysia di AFC Singapura

ATLET Muay negara, (dari kiri) Amirul Ariffin , Saifullah Ismail
ATLET Muay negara, (dari kiri) Amirul Ariffin , Saifullah Ismail dan Mohd. Ali Yaakub yang akan beraksi dalam kejuaraan AFC di Singapura giat berlatih di Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Selepas kejayaan meraih pingat emas Sukan SEA ke-29, atlet Muay negara, Mohd. Ali Yaakub kini mengintai peluang merangkul kejuaraan Asia Fighting Championship (AFC) yang akan berlangsung di Singapura pada 23 September ini.

Sirkit empat kejohanan yang julung kali diadakan itu akan menampilkan Mohd. Ali selaku ketua pasukan negara yang akan bersaing dalam kategori 57 kg disamping Saifullah Ismail (57kg) dan Amirul Ariffin (65kg).

Atlet Muay profesional berusia 31 tahun itu memberitahu, selepas menamatkan aksi di Sukan SEA, dia terus memberikan fokus kepada latihan untuk mendepani kejohanan di Singapura bagi meraih keputusan yang positif.

Katanya, setiap hari dia menghabiskan masa sehingga sembilan jam untuk menjalani latihan bagi menaikkan tahap kecergasannya selain memperbaiki strategi serta teknik perlawanan.

“Pingat emas di Sukan SEA sememangnya menjadi pembakar semangat untuk saya beraksi di Singapura.

“Musuh tradisi itu tiada, musuh saya ialah lawan saya semasa di dalam gelanggang sahaja,” katanya ketika ditemui di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Kejohanan yang mendapat pengiktirafan Majlis Muay Dunia (WMC) akan berlangsung di Marina Bay Sand Expo untuk sirkit pertama sebelum singgah ke Axiata Arena, Malaysia dan diteruskan ke Macau sebelum kembali ke Singapura bagi acara kemuncak.

Sebanyak empat tali pinggang khas akan dipertandingkan dan juara akan ditentukan dalam sirkit terakhir yang juga akan berlangsung di negara Republik itu.

Antara atlet Muay profesional yang akan bertanding termasuk juara Korean Max FC, Yoon Deok Jae Baby Face Assasin; juara Muay kebangsaan Korea, Seong Bum Woo Crazy Donkey dan juara Stadium Patong 2016 dari Singapura, Brandon Ng.

Dalam aksi di Singapura, Mohd. Ali akan berdepan cabaran Ralf Sarol Francisco dari Filipina manakala Saifullah akan bertemu Wynn Neo dari Singapura dan Amirul akan berdepan Crazy Donkey.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain