Terdahulu, Ronaldo dikatakan kecewa selepas gagal meraih sokongan tinggi daripada pihak Madrid berikutan kesnya berkaitan cukai di Sepanyol.

Dia juga mengelak daripada bercakap soal masa depannya ketika ditemui bersama pasukan kebangsaan Portugal dalam kejohanan Piala Konfederasi 2017 di Russia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Modric yakin Ronaldo akan kekal bersama juara Eropah itu sambil menyifatkan hubungan Ronaldo dan Real Madrid terlalu istimewa.

“Saya tidak pernah mendengar Ronaldo ucapkan mahu pergi. Dalam bola sepak, segala-galanya tidak mustahil tetapi saya dapat rasakan hubungan di antara Ronaldo dan Madrid sangat kuat dan dia pasti akan kekal menjadi pemain Real Madrid,” katanya.

Sementara itu, Modric yakin Gareth Bale mampu bangkit dan memacu kejayaan buat Madrid meskipun menghadapi isu kecederaan yang berulang pada musim lalu.

Modric dan Bale adalah rakan sepasukan di Tottenham Hotspur dan dia yakin Bale tidak akan mudah berputus asa walaupun dikaitkan dengan jalan keluar daripada pasukan Los Blancos.

“Dia (Bale) menghadapi tahun yang sukar, kerap mengalami kecederaan tetapi semua tahu dia memulakan musim lalu dengan baik.

“Kami tidak perlu mengubah­nya dan berharap dapat menyaksikan semula pe­nampilannya pada musim akan datang,” jelas Modric. – AGENSI