Modric, 33, diumumkan sebagai pemenang pada majlis gilang gemilang tersebut di Paris, menyaksikan penyerang Juventus Ronaldo di tempat kedua, diikuti bintang Perancis dan Atletico Madrid Antoine Griezmann melengkapkan pentas podium.

Penyerang muda Paris Saint-Germain Kylian Mbappe di tempat keempat, meninggalkan Messi di anak tangga kelima.

Pemain Perancis, yang juga rakan sepasukan Modric di Madrid Raphael Varane ketujuh, hanya satu anak tangga di belakang penyerang Liverpool Mohamed Salah dari Mesir.

“Semasa kita kanak-kanak, kita ada impian. Impian saya adalah untuk bermain bersama kelab gergasi dan memenangi trofi penting.

"Menang Ballon d'Or adalah lebih daripada impian bagi saya dan sini merupakan penghormatan besar dan satu keistimewaan apabila dapat memegang trofi ini,” kata Modric.- AFP