Warga Itali itu berdepan acaman dipecat, selepas anak-anak buahnya diaibkan Manchester City 0-6 di Stadium Etihad dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu dan sekiranya Chelsea tersingkir daripada Piala FA, kedudukannya pasti akan bertambah goyah.

Eden Hazard bakal kembali ke dalam kesebelasan utama Chelsea, selepas berada dalam bangku simpanan sewaktu menundukkan Malmo 2-1 di laman lawan untuk perlawanan Liga Europa, Jumaat lepas.

Bagi pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer pula, dia sudah tentu mengintai peluang untuk menebus kekecewaan dalam Liga Juara-Juara apabila tumpas kepada Paris Saint-Germain 0-2 di Old Trafford, Rabu lalu.

Isu kecederaan menjadi masalah utama United, dengan Anthony Martial dan Jesse Lingard tidak mungkin diturunkan dalam perlawanan menentang Chelsea.